Kumpulan Artikel Islam dari berbagai sumber, sampaikan walau satu Ayat

Sholatlah Sebelum Kamu Di Sholatkan

Sholat lah sebelum kamu disholatkan - Firman Allah S.W.T (maksudnya): Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. " [QS. Al-Mukminun:9-11]


Sholatlah Sebelum Kamu Di Sholatkan
Sholatlah Sebelum Kamu Di Sholatkan


Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar baginda Rasullullah SAW bersabda.
Sembahyang lima waktu akan menjadi kifarah kepada dosa-dosa yang dilakukan diantara kedua sembahyang tersebut. Iaitu dari satu sembahyang ke sembahyang lain jika melakukan dosa-dosa kecil akan terampun berkat sembahyangnya. Kemudian baginda Rasullullah SAW bersabda: Tidakkah kamu lihat kalau seorang yang bekerja disebuah kilang akan terdapat lima buah anak sungai yang mengalir dihadapan rumahnya. Apabila dia bekerja sudah pasti dipenuhi dengan kotoran, debu atau peluhnya dan setiap kali dia berlalu disungai tersebut dia akan mandi didalamnya. Adakah terdapat kotoran-kotoran lagi? Begitulah juga halnya dengan sembahyang yang mana dengan doa dan istighfarnya diampuni dosa-dosanya yang lalu dengan berkat sembahyangnya. " (HR. Bazzar, Tabrani)

Dari Abdullah ibn Qurtd r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda : " Perkara pertama yang akan dihisab bagi seorang hamba pada hari Kiamat ialah sembahyang. Sekiranya sembahyangnya baik, maka amalan-amalan yang lain akan diterima dan jika sembahyangnya rosak, maka semua amalan-amalan yang lain akan rosak. " (HR. Tabrani, Targhib)

Abu-Laits berkata: " Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi (membiasakan diri) empat dan meninggalkan empat iaitu:
  1. Menjaga sembahyang lima waktu
  2. Banyak bersedekah
  3. Banyak membaca al-quran
  4. Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:
  1. Dusta
  2. Khianat
  3. Mengadu domba
Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: " Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.) "

Riwayat daripada Ibnu Umar Radhiallahu 'anhuma, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: " Sesungguhnya apabila seseorang kamu meninggal dunia akan dibentangkan kepadanya tempat duduk pada waktu pagi dan petang. Sekiranya dia ahli syurga maka dia penghuni ahli syurga dan sekiranya dia ahli neraka maka dia adalah penghuni ahli neraka. Lalu dikatakan kepadanya: " Inilah tempat dudukmu sehingga Allah membangkitkan engkau semula di hari Kiamat. " (HR. Bukhari)

Allah Berfirman,
Yang artinya, “Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud; maka mereka tidak kuasa, (dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah, lagi mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera.” (QS. Al-Qolam:42-43)

Ibrahim At-Taimy berkata, “Sesubgguhnya hari tersebut adalah hari kiamat, mereka semua diliputi dengan kehinaan dan penyesalan mendalam karena mereka dahulunya di dunia diseru untuk sujud sedangkan mereka dalam keadaan sehat bugar tetapi tidak mau memenuhi seruan itu.” Beliau juga berkata, “Mereka semua diseru untuk melakukan sholat wajib dengan adzan dan iqomah.”

Berkata juga Ibnul Musayyib, “Mereka semua dahulu mendengarkan panggilan “hayya ‘alal falah” tetapi tidak mau memenuhinya padahal mereka semua dalam keadaan sehat dan sejahtera.  (At Tamansatriani)
loading...
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Sholatlah Sebelum Kamu Di Sholatkan

0 komentar:

Posting Komentar